Wednesday, 1 April 2020

addmath-pembezaan

Hi korang, harini aku nak tunjuk jalan kerja addmath pembezaan, tapi ni ibarat level 1 yg aku tunjuk ni.

Let's get it! 


Question:
Cari titik pusingan bagi setiap graf berikut. Seterusnya, nyatakan sama ada setiap titik itu ialah titik maksimum atau titik minimum. 


(a) y=2x^2 - 8x +1

Aku mula2 dulu memang tak faham sangat soalannya hehe tapi jangan risau ada 4 langkah aku buat. 

1.cari dy/dx dulu 

dy/dx=[2(2)x^2-1] - [8(1)x^1-1] +1(0)
          =4x-8

2.dy/dx=0

sebab apa? dy/dx =m. titik pusingan berlaku dekat bahagian paling melengkung suatu graf

        *nampak camni, ni titik max*
       *kalau titik min, terbalikkan aje             pada paksi x*


Cuba imbas kembali math moden korang, kan kadang2 ada equation y=5,y=12.equation camni biasanya line dia mendatar kan?

dy/dx=0
4x-8  =0
4x.     =8
x.       =8/4
x.       =2

Gituww.

3.nilai x masukkan dalam persamaan y

Ok titik pusingan nya kita baru dapat (2,y).sekarang kena cari y pulak.

y=2x^2 - 8x +1
y=2(2)^2 - 8(2) + 1
y=-7

Nahhh (2,-7) titik pusingan kitaa

4.jadual

Yg ke 4 ni nampak agak remeh, tapi serius senang faham

*ambil nilai x yg dapat tadi iaitu 2*

+x<2(contohnya 1)
+gantikan nilai x=1 dalam persamaan    dy/dx
+hasil kurang dari 0 maksud           kecerunan negatif

+x=2
+gantikan nilai x=2 dalam persamaan    dy/dx
+hasil =0 maksud mendatar garis


+x>2(contohnya 3)
+gantikan nilai x=3 dalam persamaan    dy/dx
+hasil lebih dari 0 maksud             kecerunan positif


Ok moga bermanfaat🇲🇾

No comments:

Post a Comment